Karya, sambutan dan warisan William_Muir

Sir William Muir merupakan seorang Orientalis dengan pengkhususan dalam sejarah zaman Nabi Muhammad SAW dan kekhalifahan awal. Buku-buku utama beliau adalah A Life of Mahomet and History of Islam to the Era of the Hegira ("Kehidupan Muhammad dan Sejarah Islam hingga ke Era Hijrah'); Annals of the Early Caliphate ("Catatan tentang Kekhalifahan Awal"); The Caliphate: Its rise, decline and fall ("Kekhalifahan: kebangkitan, kemerosotan dan kejatuhan"), sebuah peringkasan dan sambungan Annals, yang mencatat kejatuhan kekhalifahan Islam pada zaman kebangkitan Mongol; The Koran: its Composition and Teaching ("al-Quran: Kandungan dan Ajaran"); dan The Mohammedan Controversy ("Kontroversi berkaitan dengan Muhammad"), pencetakan semula lima buah esei yang diterbitkan di antara tahun 1885 dan 1887. Dalam tahun 1888 Muir menyampaikan syarahan Rede tentang "Kekhalifahan Awal dan Kebangkitan Islam" (asal, The Early Caliphate and Rise of Islam) di Cambridge.[1]

Life of Mahomet

Buku awal Muir, Life of Mahomet, dikritik dalam sebuah ulasan semasa dalam akhbar Inggeris, The Times sebagai "penulisan propaganda" yang memuatkan bias Kristian dan "odium theologicum" (kebencian teologi).[2] Ahli sejarah sezaman, E. A. Freeman, memuji buku ini sebagai "karya agung", akan tetapi mempersoalkan kaedah konjektur (tekaan), khususnya "saranan takut-takut" [3] yang dibuat Muir kononnya Nabi Muhammad jatuh kepada pengaruh Syaitan.[4] Tentang dakwaan ini, Clinton Bennett mengulas bahawa Muir "memilih untuk menghidupkan semula sebuah teori lama Kristian" [3], dan memetik cebisan daripada karya Muir tahun 1858, Life, jilid 2:[5]


Rujukan

WikiPedia: William_Muir http://books.google.com/books?id=Bcis07kDq30C&pg=P... http://books.google.com/books?id=SncOAAAAQAAJ&pg=P... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068304463 http://www.answering-islam.org/Books/Muir/index.ht... http://isni.org/isni/000000012102005X http://wikisource.org/wiki/Laman_Utama:Bahasa_Mela... https://nla.gov.au/anbd.aut-an35367280 https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb12476954f